Thursday, December 30, 2010

2011

Esok mencapai ke 2011. aku masih lagi seperti dulu.
Esok aku...

Bentukanlah satu wawasan dan jangan sesekali membiarkan persekitaran aku,
mendapat orang lain ataupun had yang dibentuk oleh usaha orang lain
pada masa yang lalu mempengaruhi keputusan-keputusan aku.
Jangan mengendahkan kebijaksanaan yang bersifat biasa

KETENANGAN

Sepertimana,
kita memerlukan makanan,
kita juga memerlukan pemupukan perasaan:
kasih sayang,
kejujuran,
penghargaan dan sokongan daripada orang lain.
Kita harus memahami persekitaran kita
dan perhubungan kita dengannya.
Kita harus memenuhi kehendak batiniah kita:
kehendak untuk mendapat kebahagian,
untuk mendapat ketenangan pemikiran -
untuk mendapat pedoman sebenar

Universiti bukan untuk orang bodoh

Orang yang bodoh
akan mentafsirkan falsafah
sebagai sampah,
sains sebagai tahyul,
dan seni sebagai hafalan.
Atas sebab itulah,
mereka memerlukan pendidikan Universiti

Saturday, December 25, 2010

Mengusai Pemikiran


You but the sum total of your dominating or most prominent thoughts..

Saturday, December 18, 2010

Menyapah


Itulah lumrah wanita, tidak mencintai kita apabila kita mencintai mereka, dan mencintai kita apabila kita tidak mencintai mereka.

Adalah lebih baik bercinta secara bijak, memang benar, tetapi bercinta secara dungu adalah lebih baik daripada tidak berupaya untuk bercinta sama sekali

Friday, December 17, 2010

Manusia Biasa

Seorang manusia tidak semestinya bijak kerana dia mempunyai banyak idea, sepertimana seorang general yang baik kerana dia mempunyai lebih banyak askar..

Wednesday, December 15, 2010

Bakat

Kita sedang berhadapan dengan hakikat yang mungkin bercanggah dengan pendapat umum bahawa pendidikan telah menjadi suatu halangan utama kepada kebijaksanaan dan kebebasan berfikir.

School of Talent @ KIdzania

School of Talent@ Kidzania akan dibuka secara rasmi pd September 2011 di Mutiara Damansara (bersebelahan dgn Ikea), lebih 200 karyawan diperlukan sebagai pembangun bakat untuk lebih 80 kerjaya. Selamat Datang ke Sekolah Masa Hadapan.

Monday, October 25, 2010

CARI RUMAH SEWA

Sape ada contact .. aku nak cari rumah sewa area Wangsamaju.
call aku 013 212 5419
bajet dalam 350.00 - 400.00 sebulan.
kemasukan segera...

Sunday, October 24, 2010

Gejala Sosial

Di Alaf Baru Yang Sudah Pun Tiba
Bermacam Ragam Hidup Manusia
Gejala Sosial Dadah Durjana
Setiap Hari Bermaharajalela

Wahai Remaja Dengarlah Semua
Gejala Dadah Kini Sedang Melanda
Marilah Kita Berpadu Tenaga
Hapuskan Dadah Musuh Yang Utama

Bukakan Pegangan Hidup Agama Mu
Setiap Hari Pemimpin Berseru
Teguhkan Mu Satu Hiduplah Bangsaku
Menbangun Menuju Ke Alaf Yang Baru

Dadah Dan Ganja Kita Jauhi
Demi Membela Maruah Pertiwi
Sepanjang Masa Tetap Ku Julang Tinggi
Akan Ku Bela Ke Akhir Hayat Nanti.

Thursday, October 21, 2010

SAYA REMAJA INOVATIF


Ini adalah sebuah buku yang baru dilancarkan baru-baru nie. ditulis oleh AHMAD NAIM JAAFAR & HELMI SUHAIMI, dan kini dah pun berada dipasaran..
apa yang menarik tentang buku nie.. tentang INOVATIF.

yang mencadangkan perubahan yang mungkin kita sendiri tidak terfikir..
banyak topic & idea menarik yang dibincangkan..

harga buku nie. RM19.90.

ADUNAN GAMELAN IRAMA MELAYU












baru-barunie.. kawe ade buat design untuk AGIM. design b.card.sijil dan backdrop. kawe terfikir jugok, macemano mereka buleh ade minat maen muzik maceni.. respet-respet.. kawe kena dia lamo doh.. kawe berasa bangga dengan semangat mereka mperjuangkan mainan muzik tradisi ogre jawa. tetapi di tukar kepada irama melayu.. dan show2 mereka xpenah putus. ada je.. hampir tiap-tiap hari..

Yang bestnya. korang nak suruh diorang maen lagu BUTTERFINGERS guna gamelan pun boleh.. haha. dan takheranlah. band DISAGREE penah ajak mereka maen bersama. tiap x show diorang.. DISAGREE penah ajak mereka maen kat show ROCKTHEWORLD taun lepas,2009..

kalau demo nok tengok video dio usha kat youtube.com/butet1

Friday, October 8, 2010

SUSAH SENANG BUKAN SAMA-SAMA

ini ada satu cerita hendak dikongsi bersama.
ini cerita dari kawan-kawan kita
kawan baru dan juga kawan lama
yang selalu senang bersama-sama

teringat balik kepada kawan kawe.
yang indah yang suka yang bahagia,

cerita ini bermula,
selepas birtday malam tadi 09.10.2010
punya serabut kepala hotak member.
bila kereta dibuat tempat letak bagasi barang.
kawe punya mber xkesah sgt.
selagi kawan boleh tolong,kita cuba tolong
tapi,
kawan kepada kawan..lu! gua xkenal lu la der!!.

bukan nak mengata. cuma nak cerita.
kereta bersepah, bau busuk!. cd & ipod mp3 kawe hilang. ape citer??..

xcukup ngan letak barang. ada pula nak suh hantar pulang.
ko ingat kereta gua nie teksi?.. gua xkenal lu la derr...

nak suh hantar...
kalau seorang xpe. 3orang pun xpe. 5 orang xkesah lagi. ini 12 orang..
dan ada pula bagi idea.. tinggal aku sorang2. dan hantar kawan2 dia... agak2 la bro..

hendak dijadikan cerita. 6orang gua tolak.. suh balik nga teksi.
nga tarik muka.. sory kawan... lu kena paham kawe juga..
pagi-pagi esok. dah kena bangun pegie keja.
tiba-tiba... muncul lagi 6.
last-last kereta aku jahanam. dan xboleh hantar semua orang.. ditinggal aku
sorang.. terima kasih kawan-kawan anda adalah terbaik.

sorang diri aku bersama kereta. dan 1kelopok kawan rileks beredar..
lepak kedai mamak.. cakap kereta rosak. sorang pun xdatang tolong.
ia aku tau. korang xreti. tapi kalau korang kenal erti sahabat..
ko datang tolong tengok. aku dah happy giler.
yang senang sama-sama susah sama-sama.. ini ke kawan aku??.. fuck kyou!

kereta rosak disebabkan bateri. kereta main bukak nga remote. berpuluh x.
KERANA ko letak barang ko dalam kereta aku. kejap bukak kejap tutup.
nak ambik barang ini nak ambik barang itu..

malam yang celaka.

thanks..kepada kawan-kawan gudang noisy yang aku xkenal.
bersusah payah tolong aku repair.. sanggup contact kawan-kawan datang repair..
walaupun diorang tau. aku tengah tunggu AAM.
sesuatu yang aku hadiahkan kepada korang. adalah 1 saguhati
kepada korang yang ikhlas membantu aku.. terima kasih.

dalam 4,5 jam.. aku ada belajar sesuatu yang baru.. tentang nilai persahabatan

Wednesday, October 6, 2010

BERITA BAIK

Keh..Keh..Keh..

Rokok Naik Harga Lagi.. Alhamdulillah. berita gembira nie

Kepada Geng2 rokok. teruskan menjadi taek rokok..

Psst~ rokok naek harga xkecoh pun, tapi kalau minyak & gula naik.. paham-paham sudah..

DUNHILL 20 -RM10.00 x 30 hari = RM300.00


baik bagi duit kat Ayah & Mak ada juga berkat..

SUCINYA AGAMA KU


Sebelum memeluk Islam, Daniel Streich begitu agresif melancarkan kempen anti-Islam termasuk menentang pembinaan masjid di Switzerland.

DAN mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran). (al-Baqarah: 217)

Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka. (al-Baqarah: 120)

Maka ini tidak menghairankan apabila sehingga hari ini umat Islam sentiasa dicabar dan tercabar dek pelbagai tindak tanduk Barat yang tidak pernah senang dengan Islam.

Bagi mereka tidak ada sisi yang positif dan baik kecuali yang hitam dan gelap sahaja mengenai Islam.

Justeru, menghapuskan Islam adalah satu agenda dan matlamat yang dilancarkan dalam apa juga bentuk.

Daripada soal yang remeh termasuk purdah, janggut, menara masjid, azan dan sebagainya lagi mereka jadikan isu dan polemik.

Ini sebagaimana yang menjadi misi dan visi kepada ahli politik Switzerland, Daniel Streich yang mencipta populariti murahan supaya negaranya bersih daripada sebarang binaan suci yang bernama masjid.

Atau sekurang-kurangnya masjid yang dibina tidak perlu sempurna dengan struktur kubah atau menara.

Alasannya, warga Barat kini hidup dalam ketakutan ekoran siri-siri keganasan dan serangan yang kononnya didalangi oleh umat itu. Oleh itu dengan adanya menara dan masjid itu akan menambahkan lagi ketakutan sehingga mereka tidak mampu meneruskan kehidupan yang sebagaimana biasa.

Streich adalah orang pertama yang mencetuskan larangan yang tidak berasas itu di Switzerland supaya negara yang terkenal dengan soal kebebasan amalan dan gaya hidup itu menuruti saudara-saudara mereka di negara Eropah lain yang mengenakan pelbagai larangan ke atas umat Islam seperti larangan berpurdah di Perancis, larangan azan dan sebagainya.

Di saat umat Islam masih begitu kecewa, marah dan sedih terhadap fitnah-fitnah jahat Barat seperti filem Fitna dan karikatur menghina Rasulullah SAW, Streich menambahkan lagi pedih itu tanpa langsung memikirkan perasaan umat Islam.

Semua itu mengingatkan kita kepada kata-kata bekas Perdana Menteri Britain, Galdstone (William Ewart Gladstone 1809-1898) yang berucap dalam satu persidangan Parlimen Britain sambil tangannya mengangkat senaskhah al-Quran iaitu: "Selagi al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selagi itulah Eropah tidak akan dapat menguasai Timur dan selagi itulah Eropah tidak akan dapat hidup dalam keadaan aman dan damai."

Bekas instruktor tentera yang kemudian bertukar karier sebagai ahli politik untuk Parti Rakyat Swiss (SVP) dari Bandar Bulle itu menjalankan propaganda gerakan yang berbau anti-Islam dengan begitu meluas ke serata negeri.

Baginya penduduk Islam perlu mengorbankan kepentingan agama mereka jika ingin terus menetap di Switzerland.

Namun tahukah anda pada 10 November tahun lalu, Streich akhirnya meninggalkan parti SVP akibat tidak tahan dengan pendirian parti itu yang bagaikan seorang perempuan sihir jahat memburu Islam.

Malah Streich juga turut meninggalkan agama Kristian. Sebaliknya dia memilih Islam yang selama ini dia hina dan keji. Islam akhirnya menjadi anutan dan kepercayaannya yang sejati.

Dahulunya dia seorang yang rajin membaca kitab Injil dan sering beribadat di gereja-gereja akan tetapi kini, Streich adalah individu Muslim yang tidak sahaja membaca al-Quran, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, malah yang lebih 'indah'nya beliau sering beribadat di masjid.

Tanpa diduga sama sekali segala pemikiran anti-Islamnya telah bertukar 360 darjah kepada memeluk agama itu.

Malah azamnya kini untuk membina dan membangunkan sebuah masjid yang tidak sahaja paling indah di Switzerland malah di seluruh Eropah.

Iaitu masjid kelima yang pernah dibina di Switzerland.

"Pastinya sebuah masjid yang lengkap dan sempurna binaannya terutama menara yang paling tinggi dan kubah yang paling besar dan indah," katanya.

Mengharapkan agar pembinaan masjid itu sebagai satu pengampunan atas segala dosa-dosanya, ternyata Streich adalah sebagaimana penduduk Eropah lain pada mulanya mempelajari al-Quran dan cuba memahami Islam dengan tujuan untuk dijadikan senjata 'membunuh' Islam itu sendiri.

Pasti ada keburukan dan kekurangan dalam ajaran Islam yang boleh beliau gunakan sebagai senjata, tetapi ternyata sebagaimana yang akhirnya terpaksa beliau akui, Islam tidak lebih sebuah agama yang benar dan bersih daripada sebarang unsur keganasan dan kejahatan.

"Saya belajar mengenai Islam secara komprehensif semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi akhirnya yang saya temui Islam merupakan sebuah kumpulan ajaran yang sangat logik yang memberikan jawapan yang masuk akal dalam apa jua persoalan penting dalam kehidupan.

Akhirnya beliau bersikap antipati terhadap pemikiran jahatnya selama ini terhadap Islam dan daripada kegiatan politik itu sendiri.

Begitupun, beliau dikatakan dalam usaha untuk menubuhkan sebuah parti baru, iaitu Parti Demokratik Konservatif Sivil (CCDP) berpusat di Freiburg.

"Penubuhan ini tidak lain sebagai menyaingi SVP sebagai satu tanggungjawab saya untuk membersihkan semula segala kekotoran yang saya taburkan selama ini," katanya.

Beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam SVP menyebabkan saranan mengenai larangan beliau bagi mendiskriminasi Islam itu telah memasuki ke peringkat penggubalan undang-undang yang kini cuba dihalang oleh Streich sendiri.

"Jika inisiatif jahat saya itu diterima, ia pasti merupakan satu tamparan yang sangat hebat buat saya yang menyebabkan saya bertanya pada diri sendiri, alangkah sia-sianya selama ini saya bergelumang dalam arena politik," katanya.

Kontrasnya kini, Switzerland memerlukan lebih banyak masjid bagi menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di negara itu.

"Adalah tidak wajar Switzerland memaksa umat Islam mengamalkan kepercayaan, ajaran dan ibadat mereka di lorong-lorong belakang," kata Streich.

Islam kini merupakan agama kedua terbesar di Switzerland selepas agama Kristian iaitu terdiri lebih dari 350,000 penganut.

Sunday, July 18, 2010

Friday, July 16, 2010

Mengenali sifat Keunggulan

Pencapaian terunggul tidak
dapat dicapai dengan satu pergerakan,
dan kita mesti yakin untuk bergerak ke hadapan
selangkah demi selangkah seperti mana kita berjalan.

Semua orang berfikir untuk mengubah dunia,
tetapi tidak ada seorang pun yang berfikir
untuk mengubah diri sendiri

Apabila orang lain mengenepikan cita-cita kamu
beberapa kali, ingat janganlah mudah berputus asa.
kerana orang lain itu hanya pandai berkata-kata.

Pengalaman adalah
apa yang kamu dapat
apabila kamu tidak dapat
apa yang kamu mahu

Cinta dari kotak ku

Sekiranya anda ingin dicintai.
Jadilah orang yang mudah mencintai.

Cinta tidak akan membuat dunia ini berputar
Cinta membuatkan kehidupan di dunia ini berharga.

Sekiranya anda membuat penilaian terhadap orang lain
anda tidak akan mempunyai masa untuk mencintai mereka.

Apabila seorang lelaki mencintai seorang wanita,
mereka cuma memberi sebahagian kecil daripada kehidupan mereka.
tetapi wanita akan memberikan segala-galanya apabila mereka mencintai seorang lelaki.

Mereka yang hidup dengan perasaan
cinta yang dibatasi sempadan duniawi
tidak akan dipisahkan oleh sempadan dunia itu sendiri.
Kematian cuma satu persinggahan, seperti mana laut yang
cuba memisahkan dua orang sahabat. Hakikatnya,
mereka yang hidup dengan rasa cinta yang dibatasi sempadan
duniawi ini tetap akan 'hidup'
sesama sendiri.

Cinta adalah sesuatu yang berupaya membuatkan seorang
wanita itu rela membersihkan lantai rumah sembil menyanyi,
selepas pasanganya memijak lantai rumah itu dengan
kasutnya yang kotor.

Tuesday, June 29, 2010

REKOD PRESTASI MURID



Semalam 29/06/2010 kawe ditugaskan untuk designkan satu kad rekod prestasi murid. dari Tadika Islam AL-Hidayah. pagi tadi kawe siapkan. harap saeng-saeng tengok sudi komen design kawe nie. dah lama cikgu nie xdatang office aku. salunya datang je dia mesti kecoh bising-bising nga cerita minta diskaun. hahaha. aku xkesah. adab jual beli. borak-borak dia punya tadika skunk tengah meletup. sampai untuk pendaftaran taun depan dah penuh. Fuh! rezeki. Alhamdulillah..

Wednesday, June 23, 2010

WEDDINGCARD


Hampir 2bulan rasanya kawe xbuat design Wedding Card.
nie antara terbaru la design dari kawe. berkongsep hijau old inggeris

Bagi kawe design weddingcard amat sensitif sebab penentuan antara realiti dan menjadi sejarah
individu. orang kata raja sehari dan kawe kena ambik serius. dan mesti buat yang terbaek

terima kasih kepada 1pasangan nie. kerana bagi kepercayaan untuk aku designkan.
dengar citer dari bapa lu. ko study kat mesir bro. bagus.

~agak-agak ade ke orang nak buat wedding card design ala-ala hardcore ??. aku snggup design untuk dia free. hehe

KEMALASAN UPDATE

Kehidupan ku yang BZ menyebabkan kureng untuk aku
meletakan dalam naluri ntuk update ini blog. hehehe.
sorry. ini blog aku yang kedua selepas. blog www.!@#$%_kid.blogspot.com

melangkah perlahan-lahan.
terima kasih kerana sudi usha der..

Sunday, June 6, 2010

JUDI ITU HALAL


Baru-baru ini kawe baru cerita pasal kerajaan Brunei mengharamkan zon Arak tetapi sebaliknya Malaysia Menghalalkan Arak tidak cukup dengan itu. Kilang arak pun boleh. KAH.KAH.KAH.KAH skunk nie lagi Gempak. Zon Judi Bola Sepak plak. cukup-cukuplah. apa negara malaysia ini cukup terdesak??.. tidak cukup lagi kah apa yang ada skunk ini??.

Ya Allah. ko bukakan lah mata-mata pemimpin kita yang kini semakin kabur ditelan dengan gambaran duitan yang semakin menjadi jadi skunk ini.


Wednesday, June 2, 2010

CAPARTHIAN datang lagi


Hmm.. Asenya baru saje Caparthian datang Malaysia. Xsilap kawe bule 7 taun lepas, tapi x nie. mereka tour. wooowww best! best! tapi kat malaysia mereka xdikenali sangat. walaupape pun bagi kiteoag budak hardcore mereka cukup hebat dan sangat gempak.

SAVE GAZA

Kawe xpehe. bakpolah Celaka Sunggoh Israel nie. Ya Allah ujian kamu kepada saudara-saudar ku di Palestin sangat besar untuk ditempuhi. Kawe sebagai saudara Islam sangat terseksa melihat mereka-meraka di bunuh satu persatu. tetapi apakan daya kita tiada kekuatan untuk melawan. kita sendiri hanya manpu berani mengucap dengan kata-kata sahaja.

Baru-baru ini Komando Israel mengepun kapal-kapal bantuan BAITULMAQDIS. untuk batuan di Gaza. 19 ogre terbunuh dan berpuluh - puluh ogre tercedera. mereka menahan termasuk rakyat Malaysia yang terlibat sama. Mengapa negara-negara luar masih lagi meletakan orang Islam sebagai Teroris. Why?? kami cukup terseksa dengan apa yang berlaku dan kami tidak sanggup lagi melihat kekejaman Israel.

kawe ade buat 1 posters simple saje ntuk Gaza. buke ntuk menilaikan design. tetapi mesej yang kawe cuba sampaikan tu lagi penting. untuk kita sama-sama mengingat.

Al - Fatihah kepada mereka-mereka yang terkorban.

-Amin


PUNK ROCK WHAT EVER THAT MEANS




















Akhirnya selesai sudah perjalanan band dari Soul Korea tour Malaysia. walaupun tidak berjalan dengan lancar tetapi semuanya dalam keadaan sempurna.Kawe rasa sungguh terharu dan sangat berterima kasih kepada sape-sape hak telibat dan jugok kepada crowd yang sudi datang support. terutama sekali kepada orgnzer That Rite. kerana sudi masukan band WETM join sekali nga gig dio. nga keadaan last minit. lepas tu kiteoag plak ade betengkar, sebab ade cikit saloh pehe agak kelakar jugok lah kalau di igt balik.

Kalau korang nok tengok video live diorang kat Malaysia. boleh je usha-usha youtube, myspace & facebook ade saeng-saeng kita upload video diorang. thanks

Monday, May 17, 2010

musuh dalam selimut

Minggu berganti minggu, Hari berganti hari, Masa berganti masa..
setiap x berganti. setiap x gak la. perubahan kelakuan pgerakan kita semua..
2minggu hari paling Celaka bagi aku.
Wahai pencuri.. Curilah lagi.. teruskan selagi ko berupaya

1. Henset Sony W900i
2. Wang Ringgit RM1200
3. Camera Canon RM3600


terima kasih kerana telah mencuri barang aku.
semoga tuhan sahaja dapat membalas jasa baik anda

Monday, May 3, 2010

EDGE THE MOVIE


marin 02 MEI 2010 akhirnya.. berjaya jugok terlaksana program edgethemovie.walaupun buke tempat yang sepatutnya dirance iaitu di finas. kenape?? xpayohla kawe citer. demo pehe-pehe sndiri lah.. kite nok buat baik xke dapatnya..ogre susoh nok tlg ogre buat baik .. Ok. edgethemovie screening tpksa ditukar ke Equal Studio Kaje. studio saeng kawe.. start pada pkol 4. smpai lewat malam.. Alhamdulillah sambutan begitu hebat. kawe sbagai jaga tiket xsangka 1botol duit kertas penuh .. ramai saeng2 support.. xlupa jugok kepada mber2 ntah dari mane date. call semua bagi semangat. bagi pendapat.. semua terdiam syok tengok movie documentari dari ogre german ..
kini mereka lebih paham apa yang di gegeykan tentang STRAIGHT EDGE . selepas tayangan. diringi plop band sxe dari kid on the move dan second combat. persembahan bertenaga diaorang sungguh memukau penoton kawe sendiri turut same mosh beramai-ramai.. haha..

Thursday, April 1, 2010

EDGETHEMOVIE


02 MEI 2010 tarikh yang ditunggu-tunggu oleh sesetengah manusia yang berfikiran wajar untuk menonton sesuatu yang positif bagi mereka ia adalah wajib ditonton oleh semua orang. kerana movie ini menceritakan banyak ............ membongkar perjuangan,pengenalisi dan memberi satu semangat. Aku di tugaskan untuk mencari Sponser dan tempat untuk ditayangkan.. 1minggu aku mencari melangkah mengkaji
akhirnya aku dapat. ianya terletak di kawasan yang sangat menarik bagi aku hehehe.. FINAS hahaha. Aku sendiri memang xsabar mahu menonton apakah Tayangan yang akan ditayangkan..

Thursday, March 25, 2010

Arak Oh Arak







Bandar seri begawan (brunei) : menteri ehwal agama brunei, zain serudin menolak usul ahli parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelacong bukan Islam

Zain menegaskan andai ia diwujudkan, brunei yang mengharamkan
perjualan arak pasti dilaknat tuhan

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja. Tapi semua yang berada di negara ini. pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka. Malah mereka boleh Mandi arak".

Hari ini mereka mahu zon arak. Lepas ini mungkin zon pelancuran, dan kasino kami perlu tolak semuanya dan kekalkan Kemakmuran.tegasnya

Apa pandangan Anda??
Tapi Negara kita xde Zon-zon nie.
tak maen la.. negara kita buka Kilang terus
Kah.Kah.Kah.Kah
Di Kelantan Pula. Arak. HARAM!..
tapi,
dalam masa yang sama.
keluarkan cukai untuk Peniaga. Kah,Kah.Kah
fikir-fikirkan lah...

Sunday, March 14, 2010

Ramai Yang Bertanya

ramai orang yang bertanya
macamana mahu mencapai kejayaan?
sedikit dari aku untuk kita kongsi bersama..
kawan-kawan

Ber..Sikap.
tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran,
pertuturan
atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan
diri dan orang lain.

Usaha! iyer....Usaha
yang berterusan
penuh semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan berdaya maju
dalam melakukan sesuatu perkara.

Iyer kawan..
Kejayaan Seseorang itu tidak dicapainya
secara mengejut..
tetapi,
sementara orang lain sedang tidur,
aku meneruskan lagi usaha sehingga
sepanjang malam

akan tetapi semuanya terletak pada diri ko la..

Aku...
berfikir
berdasarkan alasan
dan bukti yang nyata
dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan wajar..

ko pun boleh...
dunia ni untuk orang bijak
pandai-pandai hidup kalau xnak
kena pijak.