Friday, July 16, 2010

Cinta dari kotak ku

Sekiranya anda ingin dicintai.
Jadilah orang yang mudah mencintai.

Cinta tidak akan membuat dunia ini berputar
Cinta membuatkan kehidupan di dunia ini berharga.

Sekiranya anda membuat penilaian terhadap orang lain
anda tidak akan mempunyai masa untuk mencintai mereka.

Apabila seorang lelaki mencintai seorang wanita,
mereka cuma memberi sebahagian kecil daripada kehidupan mereka.
tetapi wanita akan memberikan segala-galanya apabila mereka mencintai seorang lelaki.

Mereka yang hidup dengan perasaan
cinta yang dibatasi sempadan duniawi
tidak akan dipisahkan oleh sempadan dunia itu sendiri.
Kematian cuma satu persinggahan, seperti mana laut yang
cuba memisahkan dua orang sahabat. Hakikatnya,
mereka yang hidup dengan rasa cinta yang dibatasi sempadan
duniawi ini tetap akan 'hidup'
sesama sendiri.

Cinta adalah sesuatu yang berupaya membuatkan seorang
wanita itu rela membersihkan lantai rumah sembil menyanyi,
selepas pasanganya memijak lantai rumah itu dengan
kasutnya yang kotor.

No comments:

Post a Comment