Monday, October 25, 2010

CARI RUMAH SEWA

Sape ada contact .. aku nak cari rumah sewa area Wangsamaju.
call aku 013 212 5419
bajet dalam 350.00 - 400.00 sebulan.
kemasukan segera...

Sunday, October 24, 2010

Gejala Sosial

Di Alaf Baru Yang Sudah Pun Tiba
Bermacam Ragam Hidup Manusia
Gejala Sosial Dadah Durjana
Setiap Hari Bermaharajalela

Wahai Remaja Dengarlah Semua
Gejala Dadah Kini Sedang Melanda
Marilah Kita Berpadu Tenaga
Hapuskan Dadah Musuh Yang Utama

Bukakan Pegangan Hidup Agama Mu
Setiap Hari Pemimpin Berseru
Teguhkan Mu Satu Hiduplah Bangsaku
Menbangun Menuju Ke Alaf Yang Baru

Dadah Dan Ganja Kita Jauhi
Demi Membela Maruah Pertiwi
Sepanjang Masa Tetap Ku Julang Tinggi
Akan Ku Bela Ke Akhir Hayat Nanti.

Thursday, October 21, 2010

SAYA REMAJA INOVATIF


Ini adalah sebuah buku yang baru dilancarkan baru-baru nie. ditulis oleh AHMAD NAIM JAAFAR & HELMI SUHAIMI, dan kini dah pun berada dipasaran..
apa yang menarik tentang buku nie.. tentang INOVATIF.

yang mencadangkan perubahan yang mungkin kita sendiri tidak terfikir..
banyak topic & idea menarik yang dibincangkan..

harga buku nie. RM19.90.

ADUNAN GAMELAN IRAMA MELAYU












baru-barunie.. kawe ade buat design untuk AGIM. design b.card.sijil dan backdrop. kawe terfikir jugok, macemano mereka buleh ade minat maen muzik maceni.. respet-respet.. kawe kena dia lamo doh.. kawe berasa bangga dengan semangat mereka mperjuangkan mainan muzik tradisi ogre jawa. tetapi di tukar kepada irama melayu.. dan show2 mereka xpenah putus. ada je.. hampir tiap-tiap hari..

Yang bestnya. korang nak suruh diorang maen lagu BUTTERFINGERS guna gamelan pun boleh.. haha. dan takheranlah. band DISAGREE penah ajak mereka maen bersama. tiap x show diorang.. DISAGREE penah ajak mereka maen kat show ROCKTHEWORLD taun lepas,2009..

kalau demo nok tengok video dio usha kat youtube.com/butet1

Friday, October 8, 2010

SUSAH SENANG BUKAN SAMA-SAMA

ini ada satu cerita hendak dikongsi bersama.
ini cerita dari kawan-kawan kita
kawan baru dan juga kawan lama
yang selalu senang bersama-sama

teringat balik kepada kawan kawe.
yang indah yang suka yang bahagia,

cerita ini bermula,
selepas birtday malam tadi 09.10.2010
punya serabut kepala hotak member.
bila kereta dibuat tempat letak bagasi barang.
kawe punya mber xkesah sgt.
selagi kawan boleh tolong,kita cuba tolong
tapi,
kawan kepada kawan..lu! gua xkenal lu la der!!.

bukan nak mengata. cuma nak cerita.
kereta bersepah, bau busuk!. cd & ipod mp3 kawe hilang. ape citer??..

xcukup ngan letak barang. ada pula nak suh hantar pulang.
ko ingat kereta gua nie teksi?.. gua xkenal lu la derr...

nak suh hantar...
kalau seorang xpe. 3orang pun xpe. 5 orang xkesah lagi. ini 12 orang..
dan ada pula bagi idea.. tinggal aku sorang2. dan hantar kawan2 dia... agak2 la bro..

hendak dijadikan cerita. 6orang gua tolak.. suh balik nga teksi.
nga tarik muka.. sory kawan... lu kena paham kawe juga..
pagi-pagi esok. dah kena bangun pegie keja.
tiba-tiba... muncul lagi 6.
last-last kereta aku jahanam. dan xboleh hantar semua orang.. ditinggal aku
sorang.. terima kasih kawan-kawan anda adalah terbaik.

sorang diri aku bersama kereta. dan 1kelopok kawan rileks beredar..
lepak kedai mamak.. cakap kereta rosak. sorang pun xdatang tolong.
ia aku tau. korang xreti. tapi kalau korang kenal erti sahabat..
ko datang tolong tengok. aku dah happy giler.
yang senang sama-sama susah sama-sama.. ini ke kawan aku??.. fuck kyou!

kereta rosak disebabkan bateri. kereta main bukak nga remote. berpuluh x.
KERANA ko letak barang ko dalam kereta aku. kejap bukak kejap tutup.
nak ambik barang ini nak ambik barang itu..

malam yang celaka.

thanks..kepada kawan-kawan gudang noisy yang aku xkenal.
bersusah payah tolong aku repair.. sanggup contact kawan-kawan datang repair..
walaupun diorang tau. aku tengah tunggu AAM.
sesuatu yang aku hadiahkan kepada korang. adalah 1 saguhati
kepada korang yang ikhlas membantu aku.. terima kasih.

dalam 4,5 jam.. aku ada belajar sesuatu yang baru.. tentang nilai persahabatan

Wednesday, October 6, 2010

BERITA BAIK

Keh..Keh..Keh..

Rokok Naik Harga Lagi.. Alhamdulillah. berita gembira nie

Kepada Geng2 rokok. teruskan menjadi taek rokok..

Psst~ rokok naek harga xkecoh pun, tapi kalau minyak & gula naik.. paham-paham sudah..

DUNHILL 20 -RM10.00 x 30 hari = RM300.00


baik bagi duit kat Ayah & Mak ada juga berkat..

SUCINYA AGAMA KU


Sebelum memeluk Islam, Daniel Streich begitu agresif melancarkan kempen anti-Islam termasuk menentang pembinaan masjid di Switzerland.

DAN mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran). (al-Baqarah: 217)

Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka. (al-Baqarah: 120)

Maka ini tidak menghairankan apabila sehingga hari ini umat Islam sentiasa dicabar dan tercabar dek pelbagai tindak tanduk Barat yang tidak pernah senang dengan Islam.

Bagi mereka tidak ada sisi yang positif dan baik kecuali yang hitam dan gelap sahaja mengenai Islam.

Justeru, menghapuskan Islam adalah satu agenda dan matlamat yang dilancarkan dalam apa juga bentuk.

Daripada soal yang remeh termasuk purdah, janggut, menara masjid, azan dan sebagainya lagi mereka jadikan isu dan polemik.

Ini sebagaimana yang menjadi misi dan visi kepada ahli politik Switzerland, Daniel Streich yang mencipta populariti murahan supaya negaranya bersih daripada sebarang binaan suci yang bernama masjid.

Atau sekurang-kurangnya masjid yang dibina tidak perlu sempurna dengan struktur kubah atau menara.

Alasannya, warga Barat kini hidup dalam ketakutan ekoran siri-siri keganasan dan serangan yang kononnya didalangi oleh umat itu. Oleh itu dengan adanya menara dan masjid itu akan menambahkan lagi ketakutan sehingga mereka tidak mampu meneruskan kehidupan yang sebagaimana biasa.

Streich adalah orang pertama yang mencetuskan larangan yang tidak berasas itu di Switzerland supaya negara yang terkenal dengan soal kebebasan amalan dan gaya hidup itu menuruti saudara-saudara mereka di negara Eropah lain yang mengenakan pelbagai larangan ke atas umat Islam seperti larangan berpurdah di Perancis, larangan azan dan sebagainya.

Di saat umat Islam masih begitu kecewa, marah dan sedih terhadap fitnah-fitnah jahat Barat seperti filem Fitna dan karikatur menghina Rasulullah SAW, Streich menambahkan lagi pedih itu tanpa langsung memikirkan perasaan umat Islam.

Semua itu mengingatkan kita kepada kata-kata bekas Perdana Menteri Britain, Galdstone (William Ewart Gladstone 1809-1898) yang berucap dalam satu persidangan Parlimen Britain sambil tangannya mengangkat senaskhah al-Quran iaitu: "Selagi al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selagi itulah Eropah tidak akan dapat menguasai Timur dan selagi itulah Eropah tidak akan dapat hidup dalam keadaan aman dan damai."

Bekas instruktor tentera yang kemudian bertukar karier sebagai ahli politik untuk Parti Rakyat Swiss (SVP) dari Bandar Bulle itu menjalankan propaganda gerakan yang berbau anti-Islam dengan begitu meluas ke serata negeri.

Baginya penduduk Islam perlu mengorbankan kepentingan agama mereka jika ingin terus menetap di Switzerland.

Namun tahukah anda pada 10 November tahun lalu, Streich akhirnya meninggalkan parti SVP akibat tidak tahan dengan pendirian parti itu yang bagaikan seorang perempuan sihir jahat memburu Islam.

Malah Streich juga turut meninggalkan agama Kristian. Sebaliknya dia memilih Islam yang selama ini dia hina dan keji. Islam akhirnya menjadi anutan dan kepercayaannya yang sejati.

Dahulunya dia seorang yang rajin membaca kitab Injil dan sering beribadat di gereja-gereja akan tetapi kini, Streich adalah individu Muslim yang tidak sahaja membaca al-Quran, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, malah yang lebih 'indah'nya beliau sering beribadat di masjid.

Tanpa diduga sama sekali segala pemikiran anti-Islamnya telah bertukar 360 darjah kepada memeluk agama itu.

Malah azamnya kini untuk membina dan membangunkan sebuah masjid yang tidak sahaja paling indah di Switzerland malah di seluruh Eropah.

Iaitu masjid kelima yang pernah dibina di Switzerland.

"Pastinya sebuah masjid yang lengkap dan sempurna binaannya terutama menara yang paling tinggi dan kubah yang paling besar dan indah," katanya.

Mengharapkan agar pembinaan masjid itu sebagai satu pengampunan atas segala dosa-dosanya, ternyata Streich adalah sebagaimana penduduk Eropah lain pada mulanya mempelajari al-Quran dan cuba memahami Islam dengan tujuan untuk dijadikan senjata 'membunuh' Islam itu sendiri.

Pasti ada keburukan dan kekurangan dalam ajaran Islam yang boleh beliau gunakan sebagai senjata, tetapi ternyata sebagaimana yang akhirnya terpaksa beliau akui, Islam tidak lebih sebuah agama yang benar dan bersih daripada sebarang unsur keganasan dan kejahatan.

"Saya belajar mengenai Islam secara komprehensif semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi akhirnya yang saya temui Islam merupakan sebuah kumpulan ajaran yang sangat logik yang memberikan jawapan yang masuk akal dalam apa jua persoalan penting dalam kehidupan.

Akhirnya beliau bersikap antipati terhadap pemikiran jahatnya selama ini terhadap Islam dan daripada kegiatan politik itu sendiri.

Begitupun, beliau dikatakan dalam usaha untuk menubuhkan sebuah parti baru, iaitu Parti Demokratik Konservatif Sivil (CCDP) berpusat di Freiburg.

"Penubuhan ini tidak lain sebagai menyaingi SVP sebagai satu tanggungjawab saya untuk membersihkan semula segala kekotoran yang saya taburkan selama ini," katanya.

Beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam SVP menyebabkan saranan mengenai larangan beliau bagi mendiskriminasi Islam itu telah memasuki ke peringkat penggubalan undang-undang yang kini cuba dihalang oleh Streich sendiri.

"Jika inisiatif jahat saya itu diterima, ia pasti merupakan satu tamparan yang sangat hebat buat saya yang menyebabkan saya bertanya pada diri sendiri, alangkah sia-sianya selama ini saya bergelumang dalam arena politik," katanya.

Kontrasnya kini, Switzerland memerlukan lebih banyak masjid bagi menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di negara itu.

"Adalah tidak wajar Switzerland memaksa umat Islam mengamalkan kepercayaan, ajaran dan ibadat mereka di lorong-lorong belakang," kata Streich.

Islam kini merupakan agama kedua terbesar di Switzerland selepas agama Kristian iaitu terdiri lebih dari 350,000 penganut.